Ahad, 22 Januari 2012

Biodata Indra Putra [Kenali Pemain]



Biodata Indra Putra
Nama Penuh : Indra Putra Mahyuddin
Tarikh Lahir : 2 September 1981 ( Umur 30 )
Tempat Lahir : Ipoh , Perak
Tinggi : 1.75 m
Posisi : Tengah / Penyerang
Kelab Terkini : Kelantan
Kelab Terdahulu : Perak , Pahang , Selangor , T-Team
                
                                   

Aksi Indra Putra ketika Malaysia vs Chelsea



 Review Ringkas Mengenai Beliau
                     
Pada zaman remajanya beliau menyertai pasukan Akademi Bola Sepak Perak . Beliau diserapkan ke pasukan utama Perak pada tahun 2002 .

Pada tahun 2004 , Indra Putra telah berpindah ke Pahang dan membantu Pahang menjuarai Liga Super edisi pertama . Selain itu , beliau menjadi pemenang pertama Kasut Emas Liga Super dengan 15 gol dalam 21 perlawanan .

Indra Putra seterusnya menyertai pasukan Selangor pada musim 2007-2008 . Namun jodohnya bersama pasukan tersebut tidak lama dan akhirnya telah menyertai pasukan Kelantan . Namun nasibnya bersama Kelantan juga gagal .

Pada tahun 2011 dia telah menyertai pasukan berstatus kelab iaitu T-Team . Gandingan beliau bersama Haris Safwan bermula agak baik namun kurang menyerlah apabila hanya menamatkan saingan Liga Super ditangga ke-9 .

Pada musim ini , dia telah kembali ke pasukan Kelantan dan dilihat dapat meningkatkan lagi prestasi pasukan The Red Warriors yang dilihat berpotensi menjuarai Liga Super pada tahun ini .




Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...